http://www.bharian.com.my/m/BHarian/...92504/Article/

sorry no translation, but all good news!! :lol:

Boutique Name : Baji Boutique
Owner : Pips Fashion Sdn Bhd
Location : Ground Floor, PT 7298 Jalan BBN 1/2G....
Phone No : 03....
Concept : Commercial & Exclusive
Collection : Women & Men fashion, shoes & accessories
Price : RM100 onwards (commercial line) & RM5000 onwards (Exclusive) / 3.8 = $USDxxx
Business Hour : 10a.m to 7.00p.m (Monday - Friday). 10a.m - 2p.m


Butik: Baji tampil koleksi ciri antarabangsa
Oleh Nor Affizar Ibrahim


BUTIK baru, idea segar dan ada gaya tersendiri. Kenyataan itu bertepatan sekali untuk menerangkan Butik Baji di Bandar Baru Nilai yang barangkali masih ramai penggemar fesyen tidak menyedari, kewujudan rumah fesyen berkenaan.

Butik dikemudi Pips Fashion Sdn Bhd yang menawarkan beberapa keistimewaan itu dilihat mampu merancakkan dunia fesyen tempatan. Bagi peminat fesyen yang dahagakan sesuatu berbeza dan berkualiti seharusnya, meluangkan masa untuk singgah di butik itu.

Kedudukannya yang hanya mengambil masa 15 minit memandu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang dan bandar baru bestari, Putrajaya, tentu tidak menjadi masalah untuk ke situ.

Paling membanggakan, rekaan ciri antarabangsa dan bergaya yang diketengahkan oleh butik itu adalah ciptaan anak muda tempatan yang terbukti berbakat besar dalam industri fesyen. Mereka ialah pereka muda dari Sarawak, Ronney Henry, 28, yang pernah bekerja dengan Metrojaya dan menjadi peneraju utama kepada kumpulan berkenan.

Ronney yang juga pengurus butik itu dibantu oleh Milla Chee, 26, dan pernah bekerja sebagai koordinator fesyen di pusat beli belah di Kuala Lumpur serta Datin Norleila Abdul Rahman, 26, yang bertanggungjawab mereka cipta aksesori. Ketiga-tiga mereka lulusan dari LaSalle International Design School di Kuala Lumpur.

Selain mereka bertiga, terdapat juga pereka berasal dari Afrika Selatan iaitu Melanie George, 28, yang pernah bekerja di butik pengantin dan pakaian gaun di negaranya.

Roney berkata, butik dua tingkat itu menawarkan dua pilihan iaitu koleksi komersial dan adi busana (haute couture). Koleksi komersial dikenali sebagai Baji dan menampilkan pakaian sedia dipakai, manakala adi busana mengetengahkan rekaan eksklusif dengan nama, Ronney Baji by Pips.

Beliau berkata, koleksi Baji untuk wanita dan lelaki menampilkan, tiga kategori rekaan iaitu kasual, formal dan gaun petang serta diperagakan di bahagian tingkat bawah butik.

“Bagi rekaan kasual, gaya yang diketengahkan lebih ringkas dan bersahaja daripada celana hingga skirt, manakala formal lebih kepada gaya ke pejabat seperti sut. Biasanya, fabrik digunakan untuk rekaan kasual antaranya ialah denim, manakala rekaan formal kebanyakan menggunakan suede atau kain kapas memeri. “Rekaan gaun petang pula dikhususkan untuk wanita dan mengetengahkan gaun labuh serta skirt. Koleksi ini biasanya, menggunakan fabrik satin bagi menampilkan keanggunan rekaan,” katanya.

Beliau berkata, di tingkat atas butik pula memaparkan koleksi eksklusif adi busana yang menonjolkan idea moden dengan garapan sentuhan tradisional menggunakan motif wayang kulit dan batik pada setiap corak rekaannya. Untuk kelihatan lebih hebat, koleksi dilengkapkan dengan aksesori, kasut dan beg tangan supaya dapat dipadankan dengan rekaan pakaian itu.

“Koleksi eksklusif antaranya memperlihatkan sulaman manik pada pakaian, penerapan batik dan kerawang yang menjadi sebahagian daripada identiti rekaan butik ini. Hasil rekaan itu dicipta berdasarkan pemerhatian, inti pati, naluri dan pengalaman kami yang sentiasa inginkan menampilkan idea segar,,” katanya.

Roney berkata, secara keseluruhan butik itu memaparkan koleksi rekaan yang terperinci dan menampilkan gaya kontemporari serta sesuai untuk wanita dan lelaki sama ada eksekutif, ahli perniagaan, selebiriti dan sebagainya.

Katanya, contoh paling ketara ialah rekaan celana untuk lelaki yang tidak menampilkan gaya konservatif sebaliknya, ada gaya tersendiri dengan potongan lebih menarik, tidak lurus seperti dulu manakala paparannya juga sedikit terperinci dan lebih digemari oleh kebanyakan lelaki moden hari ini.

Begitu juga dengan rekaan kasut yang turut menampilkan keunikan dan keistimewaan sehingga berjaya mencuri tumpuan penggemar fesyen.

IDENTITI

Nama butik: Butik Baji
Pemilik: Pips Fashion Sdn Bhd
Lokasi: Tingkat bawah, pt7298 Jalan BBN 1/2G, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan
Telefon: 03 7996616
Konsep: Komersial & Eksklusif
Koleksi: Pakaian wanita & lelaki dari santai hingga adi budaya, kasut dan aksesori
Harga pakaian: RM 100 ke atas (rangkaian komersial) dan RM 5,000 ke atas (eksklusif)
Waktu perniagaan: 10.00 pagi hingga 7.00 malam (Isnin hingga Jumaat) 10.00 pagi hingga 2.00 petang