Please visit our sponsors

Rolclub does not endorse ads. Please see our disclaimer.
Results 1 to 4 of 4
  1. #1
    Banned
    Join Date
    Jul 2005
    Posts
    12
    Feedback Score
    0
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default Bistro On The News

    http://www.bharian.com.my/m/BHarian/...083014/Article

    Tuesday - 05 July

    MENIKMATI hidangan di persekitaran yang menarik dan hebat tentu menambahkan lagi selera.

    Lebih-lebih lagi, disertai dengan aneka juadah enak dan menambat hati serta pilihan yang luas. Pasti kepuasan amat dirasakan.

    Jika berkunjung ke restoran/bar, Pips Bistro di Bandar Baru Nilai, mungkin itu antara yang dikecapi pengunjung kerana ia memiliki ciri seumpama itu di samping, menyajikan konsep suasana santai dan bersahaja, serasi dengan gaya hidup masa kini.

    Tiada banyak pilihan restoran besar di bandar itu dan harga menu yang berpatutan mungkin menjadi lebih tarikan untuk anda dan sekeluarga mahupun bersama rakan, singgah seketika merasakan keenakan pilihan masakan bagi sarapan pagi, makan tengahari serta makan malam.

    Pips Bistro hanya 15 minit memandu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang dan bandar baru bestari, Putrajaya yang menjadi nadi pentadbiran kerajaan masa kini.

    Restoran dua tingkat bernilai RM 3 juta yang diuruskan oleh Pips Bistro Sdn Bhd itu dibuka November tahun lalu dan namanya sudah pun meniti di bibir kalangan masyarakat tempatan serta pelancong dari luar negara.

    Pengunjung boleh memilih, sama ada berada di luar dan tempat terbuka yang di redup pepohon hijau di sekitar dan ditemani udara segar untuk menjamu selera atau pun duduk di dalam dalam suasana rehat dan rasa senang hati.

    Tetapi jika inginkan suasana yang lebih hebat dan eksklusif, lebih tepat memilih tempat di atas dan menerusi dinding kacanya, pengunjung boleh menjamu mata sepuas-puasnya. Secara keseluruhan, restoran itu mempunyai 150 tempat duduk yang mencetuskan gaya yang cukup selesa.

    Pengurus Eksekutif Pips Bistro, Geoffrey M Steel, yang berpengalaman bekerja di di hotel antarabangsa di dunia termasuk Eropah dan Queensland, tempat asalnya bercita-cita, meletakkan Pips Bistro dalam peta dunia sebagai restoran bertaraf standard antarabangsa.

    Geoffrey yang kali terakhir berkerja di Hotel Rossi di Vanuatu berkata, restoran itu menawarkan hidangan daripada makanan tempatan hingga makanan barat termasuk Mediteranean, Perancis dan Carribbean.

    Antara hidangan makanan tempatan yang terdapat di situ ialah nasi lemak, nasi goreng, laksa dan satay. Begitu juga makanan barat, ada banyak pilihan seperti bistik, sandiw, udang dan sotong Fettucini, ikan bakar yang diperap dengan rempah salsa dan daging panggang yang dihidangkan bersama cendawan serta asaparagus.

    “Semua chef di sini berpengalaman dan kreatif menghasilkan menu yang mengikut cita rasa pengunjung.

    Menu pilihan disediakan merangkumi masakan tradisional, hidangan segar makanan laut, sup dalam pelbagai rasa, salad, daging enak, pasta dan sebagainya.

    Hidangan disediakan pula dimasak pelbagai cara seperti dipanggang, goreng terendam, kukus, goreng rangup dan sebagainya. Pemanis mulut juga beraneka rasa. Dengan menu yang kerap bertukar dan hidangan Chef istimewa setiap hari, pasti sentiasa ada yang menambatkan selera,” katanya.

    Beliau berkata, restoran itu berbangga dapat menyediakan perkhidmatan mesra pelanggan dan hidangan yang memenuhi cita rasa pengunjung daripada pelbagai golongan.

    Geoffrey berkata, pada waktu malam sambil menikmati hidangan sedap, pengunjung pasti akan terhibur dengan beberapa hiburan istimewa yang disediakan. Setiap Rabu hingga Ahad, pengunjung akan dihiburkan dengan hiburan secara langsung oleh kumpulan muzik profesional dengan nyanyian lagu dan alunan rentak muzik menarik. Hiburan itu bermula dari jam 9.00 malam hingga 1.00 pagi.

    “Memang banyak kelainan dan keistimewaan yang diketengahkan di Pips Bistro. Ia sesuai sekali dikunjungi beramai-ramai bersama keluarga atau rakan. Malah, boleh dijadikan tempat menarik untuk mengadakan pertemuan dan mengaturkan majlis,” katanya.

  2. Sponsored Links
  3. #2
    Posting Hyips and Surfs for Discussion Only! Super Moderator
    Join Date
    Jun 2005
    Posts
    135
    Feedback Score
    0
    Thanks
    0
    Thanked 1 Time in 1 Post

    Default

    Could someone translate it into english please?

    BB
    Moderator

  4. #3
    Banned
    Join Date
    Jul 2005
    Posts
    16
    Feedback Score
    0
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    BB,

    The article is too long to translate but I will just summarize it.

    Berita Harian is a local Malaysian newspaper. The reporter is introducing Pips Bistro as a good diner with nice environment, great food, creative menu, live music, etc,etc (all very positive). The place is manage by Mr. Geoffrey M Steel the Exec. Manager who have vast experience in the international hotel/restaurant. She highly recommends the bistro to all readers. All good news! :lol:

    Most of us already knew it is a great bistro 8) and many have been there too :D

    Cheers!

  5. #4
    Investor
    Join Date
    Jun 2005
    Location
    Belgium (Europe)
    Posts
    448
    Feedback Score
    0
    Thanks
    3
    Thanked 2 Times in 2 Posts

    Default

    Thanks Kelly for the news :-) and Ar8688 for the summary!

  6. Sponsored Links

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

Similar Threads

  1. 2% Where does the Money Come From?
    By steven in forum FAQ HELP
    Replies: 10
    Last Post: 19-06-2008, 10:41 AM
  2. I researched all the Malaysian News papers
    By emeans in forum Pips Program (Status = Starting with The Marsdens Trial)
    Replies: 16
    Last Post: 28-10-2005, 02:35 AM
  3. New Updates Only -Positive News only
    By nelsonlee in forum Pips Program (Status = Starting with The Marsdens Trial)
    Replies: 21
    Last Post: 01-09-2005, 08:33 AM
  4. Received this in my email today, Pretty positive news
    By bbeyond in forum Pips Program (Status = Starting with The Marsdens Trial)
    Replies: 30
    Last Post: 31-08-2005, 10:47 PM
  5. Shocking news on TG...truth or false ?
    By queenofheartsII in forum Pips Program (Status = Starting with The Marsdens Trial)
    Replies: 18
    Last Post: 31-08-2005, 03:50 PM

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •  
Share |